Secara umumnya, kemudahan asas merupakan kemudahan yang amat diperlukan oleh sesebuah komuniti. Tidak kira di bandar mahupun di desa, kemudahan asas diperlukan untuk melancarkan urusan seharian penduduk.

Oleh kerana itu, tidak hairan lah sekiranya Felda Lasah mempunyai fasiliti yang lengkap untuk kemudahan penduduk. Antara fasiliti yang boleh didapati di Felda Lasah adalah seperti:

  • Padang bola beserta astaka
  • Gelanggang Futsal/sepaktakraw
  • Kedai Makan
  • Masjid
  • Surau disetiap Blok Felda
  • Dewan orang ramai
  • Dewan GPW
  • Dewan terbuka
  • Pejabat Felda
  • Sekolah Menengah 
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Agama Rakyat
  • Sekolah Tahfiz
  • Pejabat Felda
  • Klinik kesihatan
  • Perpustakaan
  • Pejabat pos mini
  • Kedai komunikasi
  • Bengkel motosikal/kereta
  • kedai jahitan
  • Kedai Koperasi d'Mart
  • Kampung Tanpa Wayar (WIFI)

 

               

               

               

          

               

 


 

 
 
 

Bukan itu sahaja, kedudukan Felda Lasah yang berhampiran dengan bandar Sg Siput iaitu hanya mengambil masa kira-kira 20minit perjalanan , juga membantu penduduk mendapatkan kemudahan asas yang lebih bagus.

Antaranya, 

  • Perkhidmatan Bank - (Maybank, Public bank, Ambank, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional)
  • Pejabat Daerah Sungai Siput
  • Mahkamah
  • Pejabat Pos
  • Pejabat Tenaga Nasional (TNB)
  • Lembaga Air Perak (LAP)
  • Sekolah Menengah/rendah
  • Pusat Komunikasi (Maxis)
  • Supermarket (The Store, TF Mart)
  • KFC
  • Ibu Pejabat Polis Sungai Siput
  • Balai Bomba
  • Hospital
  • Stesen Minyak (ESSO,  SHELL, BHP, PETRONAS) 
  • Stesen kereta api
  • Kedai Tiket Bas ( Kuala Lumpur, Johor/ Singapura, Kajang)

Pendek kata, Penduduk Felda Lasah dan kampung sekitar tidak mempunyai masalah mendapatkan fasiliti yang bagus untuk urusan harian mereka.