KEUSAHAWANAN

Dalam usaha menjadikan 1 kampung 1 industri, Felda lasah juga tidak pernah ketinggalan merangsang ekonomi komunitinya dalam bidang perniagaan. Kebanyakan perniagaan yang dijalankan adalah usaha daripada peneroka, anak-anak atau menantu peneroka sendiri. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang diusahakan dalam memenuhi keperluan komuniti di sini termasuk perusahaan, perniagaan runcit, perkhidmatan, penternakan dan perniagaan makanan. Antara perniagaan yang terdapat di Felda Lasah adalah:

         Andaman pengantin.

         Kerepek, makanan ringan dan kedai makan.

         Jahitan pakaian.

         Cyber cafĂ©

         Kedai tudung

         Kedai kek dan roti

         kedai gunting rambut

         Workshop

         Kedai Dobi

         Kedai barangan elektrik

         Mini pos

         Kedai Besi

         Perniagaan runcit.

Perniagaan runcit sangat penting dalam memenuhi keperluan penduduk Felda Lasah. Kebanyakannya perniagaan runcit diusahakan oleh anak-anak peneroka.


 USAHAWAN CENDAWAN TIRAM

Shahizul Kamar bin Ahmad anak jati Felda Lasah merupakan seoarang pakar dalam bidang perusahaan cendawan. Beliau mengusahankan tanaman cendawan segar dan produk berasaskan cendawan seperti goreng. Cendawan goreng beliau dikenali sebagai cendawan goreng BECHOIS. Beliau juga membekalkan peralatan untuk menanam cendawan kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang penanaman cendawan.

 


USAHAWAN POKOK PALAS

Pn. Norhayati binti Ahamad menjadikan pokok palas sumber pendapatan apabila menjelang hari raya.

14563542 1267994403233025 8855113406293721427 n


 USAHAWAN FROZEN

En. Yusri bin Shaari adalah seorang usahawan kuih muih frozen di Felda Lasah. Beliau telah menghasilkan beberapa jenis kuih muih frozen seperti Karipap, Samosa, Cucur badak dan Kuih Bom.