Nama : Norasiah binti Sulaiman
Umur : 55 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Puan Norsiah binti Sulaiman lepasan Diploma in Accountancy. Pada mulanya beliau memulakan perniagaan kedai runcit dan kedai makan sebelum serius menceburkan diri dalam pembuatan bakeri dan kuih muih.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Secara jujurnya, beliau sememangnya kurang arif tentang ICT malahan tidak tahu menggunakan komputer. Melalui kelas usahawan yang dibangunkan di PIM beliau diajar ICT secara berperingkat. Oleh kerana kurangnya pengetahuan ICT, promosi dan jualan kuih muih serta kek beliau hanya dikenali disekitar Felda Lasah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas penggunaan ICT, penjualan kek dan kuih muih beliau semakin memberangsangkan. Bagi memperkemaskan urusan jualan kek dan kuih muih secara atas talian, beliau telah belajar membuka Facebook Page perniagaan sendiri. Disamping itu, beliau juga menggunakan akaun dashboard PIM beliau untuk menjual kek dan kuih muih di website myshop.pi1m.my.

norasiah