Nama : Umi Selamah binti Zakaria
Umur : 45 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Umi Selamah binti Zakaria merupakan seorang usahawan Kek dan Biskut yang menetap di Kampung Bekut Sungai Siput (U) Perak. Beliau memulakan perniagaan kek pada tahun 2014 sebagai kerja sampingan kerana pada ketika itu masih bekerja. Beliau telah mengikuti kursus kek dan pastry di bawah Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia Pulau Pinang dan juga Kursus Quick Win kemahiran pastry dan bakery anjuran KEMAS Sungai Siput.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum penggunaan ICT pasaran perniagaan hanya disekitar kampung sahaja dan melalui kawan-kawan terdekat.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Selepas penggunaan ICT, produk perniagaan dapat diperkenalkan secara meluas. Penggunaan media sosial banyak membantu mempromosikan perniagaan. Pasaran kek mula terkenal di sekitar Sungai Siput dan kawasan kampung sekitar.

WhatsApp Image 2020 03 09 at 15.18.52