Nama : Shahizul Kamar bin Ahmad
Umur : 31 tahun
Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Shahizul Kamar merupakan lepazan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia. Kini beliau berusia 34tahun. bapa kepada 2 orang cahaya mata ini menjadikan bidang keusahawanan cendawan sebagai sumber pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum penggunaan ICT, beliau juga menjalankan perniagaan melalui permintaan orang sekeliling. Selain itu beliau juga menjual produk beliau di tapak-tapak perniagaan seperti di bazar, karnival dan pasar.

Selepas Penggunaan ICT/penglibatan PIM

Internet adalah media penting dalam perniagaan En.Shahizul. Dengan adanya internet, sebarang promosi berkaitan produk cedawan Bechoi's dapat disebarkan dengan lebih luas, cekap dan pantas. Selain itu, internet juga menjadi tempat rujukan beliau untuk menambahkan ilmu dan mencari info-info baru tentang penanaman cendawan.

cendawan

 

Nama : Norasiah binti Sulaiman
Umur : 55 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Puan Norsiah binti Sulaiman lepasan Diploma in Accountancy. Pada mulanya beliau memulakan perniagaan kedai runcit dan kedai makan sebelum serius menceburkan diri dalam pembuatan bakeri dan kuih muih.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Secara jujurnya, beliau sememangnya kurang arif tentang ICT malahan tidak tahu menggunakan komputer. Melalui kelas usahawan yang dibangunkan di PIM beliau diajar ICT secara berperingkat. Oleh kerana kurangnya pengetahuan ICT, promosi dan jualan kuih muih serta kek beliau hanya dikenali disekitar Felda Lasah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas penggunaan ICT, penjualan kek dan kuih muih beliau semakin memberangsangkan. Bagi memperkemaskan urusan jualan kek dan kuih muih secara atas talian, beliau telah belajar membuka Facebook Page perniagaan sendiri. Disamping itu, beliau juga menggunakan akaun dashboard PIM beliau untuk menjual kek dan kuih muih di website myshop.pi1m.my.

norasiah

Nama : Tamsari bin Kasman
Umur : 54 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

En. Tamsari merupakan seorang pesara tentera. Beliau berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sebelum memohon untuk menjadi seorang tentera. Beliau sudah berkahwin dan kini tinggal di Sungai Siput. Bagi mengisi masa lapang setelah beliau bersara , beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ayam Bismi.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum mengenali PIM, beliau mempromosikan ayam Bismi secara personal dilaman sosial facebook dan juga promosi sendiri ayam di kedai - kedai runcit.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Dengan penglibatan Pusat Internet, Produk ayam Bismi En. Tamsari telah dipromosikan ke dalam halaman Facebook Usahawan PI Felda Lasah. Selain itu, Pusat Internet Felda Lasah juga telah memberi tunjuk ajar dan strategi dalam meningkatkan jualan di laman-laman sosial khususnya menggunakan Facebook page.

t1

 

 

Nama : Yaacob bin Mohd Nor
Umur : 65 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

En. Yaacob bin Mohd Nor berusia 65 tahun dan tinggal di Felda Lasah. Beliau merupakan bapa kepada 8 orang anak dengan seorang isteri. Beliau menyara kehidupan dengan bekerja sendiri. Beliau aktif dalam persatuan koperasi dan menjawat jawatan sebagai bendahari.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum penglibatanPusat Internet. beliau menyediakan kira-kira secara bertulisan dan mengupah orang untuk menaip penyata kira-kira tersebut. semua kerja dilakukan secara manual.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Selepas penglibatan PIM dab mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, beliau mula boleh menggunakan komputer sendiri. Beliau boleh menaip surat rasmi dan membuat penyata kira-kira sendiri.

 yaacob

Nama : Ramli bin Zainal
Umur : 54 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

En. Ramli bin Zainal berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia yang kini menetap di Felda Lasah. Beliau sudah berkahwin dan bekerja sendiri. Bagi menambah pendapatan keluarga beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu kuih tiram dan kuih siput.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PIM 

Sebelum penglibatan PIM, beliau hanya menjalankan perniagaan melalui permintaan orang sekeliling. Selain itu, beliau juga menjual produk beliau di tapak-tapak perniagaan seperti di bazar, karnival dan pasar.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Kini setelah ada penglibatan PIM, beliau mula menggunakan teknologi maklumat dalam perniagaan. Beliau telah mengikuti kelas Facebook Page yang dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia Felda Lasah.

 1r

En. Ramli berbaju biru.