Nama : Muhammad Farid Pirmi bin Abdullah
Umur : 8 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Adik Muhammad Farid Pirmi berusia 8 tahun dan tinggal bersama datuk dan neneknya di Kampung Lintang. Walaupun jarak kampungnya dan Pusat Internet Felda Lasah jauh tetapi datuk adik Muhammad Farid Pirmi akan menghantarnya belajar komputer setiap hari Sabtu.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Sebelum belajar ICT di Pusat Internet Felda Lasah, adik Muhammad Farid Pirmi memang tidak tahu menggunakan komputer. Beliau tidak tahu bagaimana menukar huruf kecik ke besar, menggunakan simbol simbol yang terdapat pada papan kekunci dan tidak pandai membuka komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Selepas mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Lasah, adik Muhammad Farid Pirmi sudah mula pandai menaip dan membuat latihan ICT yang diberikan oleh tenaga pengajar.

 

Nama : Nur Ainna binti Noor Hisham
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Saudari Nur Ainna binti Noor Hisham merupakan seorang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki. Sebelum terlibat sebagai usahawan makanan, beliau bekerja di dalam bidang perhotelan di Kuala Lumpur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum penglibatan PIM beliau mempromosikan produk peniagaan beliau melalui media sosial beliau dan penjualan secara terus kepada pembeli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas penggunaan PIM, PIM membantu mempromosikan dengan cara perkongsiandi laman media sosial rasmi Pusat Internet dan juga memberi khidmat nasihat berkenaan penggunaan ICT.

WhatsApp Image 2020 03 09 at 15.07.40

Puan Ainna bertudung merah

Nama : Norhayati binti Yahaya
Umur : 43 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Norhayati binti Yahaya memulakan perniagaan pada tahun 2013 dengan produk utamanya ialah pizza. Namun terpaksa berhenti seketika apabila anaknya jatuh sakit. Bermula pada tahun 2016, beliau berjinak membuat biskut kering dan mendapat sambutan yang menggalakkan daipada pelanggan. Pada 2018, beliau telah menambah poduk baru iaitu biskut nyior dan masih mendapat permintaan sehingga kini.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PIM

Sebelum penggunaan ICT Puan Nohayati memasarkan peniagaannya melalui penggunaan sticker.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Selepas penggunaan ICT, produk perniagaan dapat diperkenalkan secara meluas. Beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog, dan pelbagai lg media arus perdana. Kini, perniagaan beliau semakin dikenali dan telah mendapat tempahan untuk projek Foodbank Yapeim untuk membekalkan kira-kira 7600 bungkus roti sebulan.

WhatsApp Image 2020 03 09 at 15.17.35

Puan Hayati berbaju pink.

 

Nama : Muhammad Fahreez Hakim
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Fahreez Hakim merupakan murid tahun 6 SK RKT Lasah. Beliau merupakan ahli Pusat Internet Felda Lasah. Meliau mempunyai 3 orang adik beradik dan merupakan anak kedua.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PIM

Sebelum tahu menggunakan ICT, beliau selalu membuat kerja dengan menulis menggunakan tangan sahaja dan mendapatkan maklumat daripada guru-guru dan surat khabar.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Selepas penggunaan ICT, kerja sekolah boleh dibuat menggunakan komputer dan menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu, maklumat berkenaan subjek di sekolah juga boleh dicari di Internet. Bagi menghadapi UPSR, ibu beliau telah membelikan no pin Zoom A bagi membolehkan beliau menjawab soalan di Pusat Internet Felda Lasah memandangkan beliau tiada komputer di rumah.

 WhatsApp Image 2020 03 09 at 15.09.17

Nama : Umi Selamah binti Zakaria
Umur : 45 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Umi Selamah binti Zakaria merupakan seorang usahawan Kek dan Biskut yang menetap di Kampung Bekut Sungai Siput (U) Perak. Beliau memulakan perniagaan kek pada tahun 2014 sebagai kerja sampingan kerana pada ketika itu masih bekerja. Beliau telah mengikuti kursus kek dan pastry di bawah Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia Pulau Pinang dan juga Kursus Quick Win kemahiran pastry dan bakery anjuran KEMAS Sungai Siput.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum penggunaan ICT pasaran perniagaan hanya disekitar kampung sahaja dan melalui kawan-kawan terdekat.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Selepas penggunaan ICT, produk perniagaan dapat diperkenalkan secara meluas. Penggunaan media sosial banyak membantu mempromosikan perniagaan. Pasaran kek mula terkenal di sekitar Sungai Siput dan kawasan kampung sekitar.

WhatsApp Image 2020 03 09 at 15.18.52