Tarikh : 6 Julai 2018
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lasah
Peserta : 7 orang

Tujuan :

Membantu pelajar mempelajari Microsoft word.

Aktiviti:

Seramai 7 orang pelajar Tingkatan 3 dari SMK RLKT Lasah telah mengikuti kelas Microsoft Word yang diadakan di Pusat Internet Felda Lasah. Di dalam kelas ini pelajar diajar cara untuk menggunakan ikon-ikon yang terdapat dalam microsoft word.

seterusnya

Tarikh : 7 Jun 2018
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Lasah
Peserta : 20 orang

 

Tujuan :

Taklimat ini dihadiri oleh 20 orang murid. Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada murid-murid tentang Label.

Aktiviti :

 Murid murid sekolah diberi penerangan mengenai Label MCMC yang terdapat pada peralatan elektronik. Murid-murid juga dinasihatkan supaya berwaspada semasa membeli peranti elektronik seperti Handphone, Komputer, Tablet dan pelbagai lagi. Pastikan setiap peranti yang dibeli mempunyai label dari MCMC supaya tidak tertipu membeli peranti yang palsu!

seterusnya

Tarikh : 19 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Sek.Men. Keb Kampung Bawong
Peserta : 134 orang

 

Tujuan

1. Memberi penerangan kepada pelajar agar tidak berkongsi maklumat di media sosial

2. Memberi kesedaran kepada pelajar agar sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

3. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Aktiviti 

Seramai 134 pelajar tingkatan 1 hingga 3 SMK Kampung Bawong terlibat dalam program ini. Para pelajar diberi taklimat keselamatan di internet iaitu berkenaan bahaya berkongsi maklumat peribadi didalam media sosial dan sentiasa berwaspada dengan rakan-rakan dia alam maya . Program ini juga diselitkan dengan kuiz.

seterusnya

 

Tarikh : 2 Mei 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi :Sek.Men. Agama Nurul Fadzliah
Peserta : 104 orang

Tujuan

1. Memberi penerangan kepada pelajar agar tidak berkongsi maklumat di media sosial

2. Memberi kesedaran kepada pelajar agar sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

3. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Aktiviti 

Seramai 104 pelajar tingkatan 1 hingga 5 Sek.Men. Agama Nurul Fadzliah terlibat dalam program ini. Para pelajar diberi taklimat keselamatan di internet iaitu berkenaan bahaya berkongsi maklumat peribadi didalam media sosial dan sentiasa berwaspada dengan rakan-rakan dia alam maya . Program ini juga diselitkan dengan kuiz.

seterusnya

Tarikh : 13 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : SJK (T) Mahathma Gandhi Kalasalai
Peserta : 240 orang
Tujuan 

Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah dihadiri seramai 240 orang pelajar dari tahun 4 hingga 6. tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang penggunaan  dan keselamatan internet.

   
Aktiviti 

Para pelajar diberi penerangan bagaimana mengguna internet dengan selamat. Para pelajar juga dinasihatkan tidak berkongsi maklumat peribadi di dalam media sosial kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar-pelajar.

seterusnya