SEJARAH SUNGAI SIPUT

Daerah Sungai Siput (U)

Menurut sejarah dari penceritaan orang dahulu, nama Sungai Siput diperoleh daripada sebatang anak sungai yang terletak berhampiran dengan Masjid India. Pada masa dahulu sungai ini banyak didiami siput - siput yang tinggal di dalamnya.  Oleh yang demikian, peneroka-peneroka yang terdiri daripada orang melayu telah menamakan kawasan ini sebagai Sungai Siput.Namun disebabkan kesan pembangunan, menyebabkan sungai tersebut ditutup dan siput semakin pupus.

Selain itu, Sungai Siput juga diingati kerana di sinilah tiga peladang warga Inggeris mati dibunuh oleh komunis pada tahun 1948. Ekoran daripada peristiiwa itu darurat telah diisytiharkan di seluruh negara pada tahun 1948 dan berakhir pada tahun 1960.

Daerah Sungai Siput bersempadankan daerah Hulu Perak di utaranya, Daerah Kinta di selatannya, Negeri Kelantan Darul Naim di sebelah timurnya dan Daerah Kuala Kangsar di Baratnya. 

Daerah kecil Sungai Siput merupakan sebahagian daripada Daerah Kuala Kangsar.Keluasannya yang merangkumi 155,141 hektar adalah merupakan 61.5% daripada keseluruhan Daerah Kuala Kangsar.


 

FELDA LASAH

Felda Lasah dibangunkan pada tahun pada tahun 1963/1964. Ia terbahagi kepada 4 peringkat iaitu peringkat A,B,C,D dgn keluasan keseluruhannya 1562.21 hektar.

Pembukaan tanah rancangan Felda Lasah pada mulanya adalah diatas desakan daripada ADUN kawasan Lintang iaitu YB. Dato'Ali Zaini Dan Ahli ParlimenKawasan Sungai Siput Mendiang Tun S.V Sambathan tujuan pembukaan tanah rancangan ini untuk membasmi kemiskinan dan membendung pengaruh komunis. Felda Lasah mempunyai 387 orang peneroka yang terdiri daripada pelbagai kaum. 

Felda Lasah terletak dalam mukin Pulai Kemiri di bawah kawasan Pentadbiran Daerah Kuala Kangsar. Felda Lasah adalah salah sebuah rancangan Felda Wilayah Trolak. Kedudukannya adalah strategik hanya 19km sahaja dari bandar sungai Siput (U) dan 34km dari Bandar Kuala Kangsar. Dari Bandar Ipoh hanya 48km  sahaja.