KLINIK KESIHATAN FELDA LASAH

Klinik Kesihatan Felda Lasah merupakan klinik kesihatan untuk penduduk Felda Lasah dan juga penduduk dikampung-kampung yang berdekatan Felda Lasah. Klinik Kesihatan Felda Lasah di uruskan oleh dua orang Jururawat Masyarakat iaitu Pn.Wan Shahrizal dan Pn.Norazlina. Jururawat Masyarakat adalah antara kakitangan yang bertugas, terutamanya berkaitan rawatan kepada ibu mengandung,bayi dan kanak-kanak. Klinik juga memberikan perkhidmatan pesakit luar, program perancangan keluarga untuk pasangan suami isteri serta pendidikan pemakanan dan juga kesihatan.

Di samping itu, perkhidmatan Klinik Warga Sihat pula mengadakan saringan untuk mengesan risiko penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi kepada semua penduduk. Waktu operasi Klinik Desa Felda Lasah bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja. Antara perkhidmatan yang di tawarkan:

  • ·         Pemeriksaan bagi ibu mengandung .
  • ·         Pemeriksaan  darah tinggi .
  • ·         Pemeriksaan Kencing Manis .
  • ·         Pemeriksaan untuk Bayi yang baru di lahirkan hingga berumur 6tahun