PELANCONGAN

Sekiranya anda merupakan individu yang meminati aktiviti lasak atau aktiviti yang berkaitan alam semulajadi, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke Sungai Siput (u) Perak. Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Jom! Pi1M Felda Lasah membawa anda melihat tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar bandar Sungai Siput (U) Perak.

1) KEM INTAN SURAYA(KRIS)

KRIS merupakan kawasan rekreasi untuk mereka yang gemarkan suasana kampung. Ia dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi yang masih belum tercemar. Selain dapat merehatkan minda pengunjung di KRIS, pihak KRIS juga menyediakan aktiviti- aktiviti lasak untuk mereka yang gemarkan cabaran. Bagi mereka yang tinggal diluar Sg. Siput, usah gusar kerana  KRIS dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap antaranya penginapan, dewan makan, dewan seminar, Pondok LDK, surau, pengangkutan dan pelbagai kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kem Rekreasi Intan Suraya antaranya ialah:

1. River Floating

2. Berakit

3. Memancing

4. Merentasi Hutan

5. Kayak

6. Kembara Malam

7. Abseiling

Kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi Kem Intan Suraya bolehlah menghubungi:

INTAN SURAYA RESORT SDN BHD

218 Lorong 9 Taman Heawood,

31100 Sungai Siput (U) Perak

05-5988007/013-5232629 atau mengunjungi laman web KRIS

http://www.kemintansuraya.com

CINTA ALAM KELIMAT RESORT

Cinta Alam Kelimat Resort terletak kira-kira 4km daripada Felda Lasah. Sama seperti Kem Intan Suraya, Cinta Alam Kelimat Resort juga menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti kepada para pengunjung. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, Cinta Alam Kelimat Resort ada menyediakan aktiviti antaranya:

1.camping

2. Kayaking

3.Tube Rafting

4. River crossong

5. Floating

6. Flying Fox

7. Night Walk/trekking

Selain itu bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti yang lebih santai seperti hari keluarga, seminar ataupun perjumpaan rakan-rakan lama, anda boleh juga melakukannya di Cinta Alam Kelimat Resort dengan bayaran yang berpatutan.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah menghubungi :

ECO VillageAddress,

Jalan Felda Lasah

Kampung kelimat

31120 Sungai Siput (U) Perak

email:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No Tel:05-  52866077  Fax : 05-5283077

atau melayari laman web www.cinta-alam.com