Pusat Internet Felda Lasah memulakan operasi pada 1 April 2010. Pada masa itu Pusat Internet Felda Lasah dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Lasah (PJK). Pusat Internet merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama MSD Digital Intelligence. Projek ini dilaksanakan dibawah Program Pemberian Sejagat dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.

ASSALAMUALAIKUM WBT..

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI PUSAT INTERNET FELDA LASAH

 

Pusat Internet Felda Lasah, Mukim Pulau Kamiri Sungai Siput (U) Perak ,mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat portal kami. PUSAT INTERNET merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence.

Matlamat utama penubuhan Pusat Internet adalah untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat Felda Lasah. Selain itu, penubuhan Pusat Internet juga bertujuan  membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet Felda Lasah sebagai salah satu pusat info bagi  setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre).

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Selain itu, Kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet  sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan antaranya:

• e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
• e-Pembelajaran (e-Learning)
• Pusat pengumpulan dan pertukaran maklumat
• Pusat Komunikasi
• Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
• Pusat peperiksaan dan persijilan.

Pusat Internet  Felda Lasah  turut menyediakan kemudahan dan kelengkapan seperti komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), mesin binding, mesin liminating  dan kemudahan internet.Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.

PETUGAS

Intan Balqkis binti Roslan (PENGURUS)
Siti Shasila binti Alang Ismail (PENOLONG PENGURUS)

ALAMAT

Pusat Internet  Felda Lasah
No 1A, Jalan Felda Lasah,Felda Lasah
31120 Sungai Siput (U)
Perak

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Ditutup pada hari cuti kelepasaan am)

REHAT

1.00 Petang - 2.00 Petang (Sabtu - Khamis)

12.30 Tengahri - 2.30 Petang (Jumaat)

HUBUNGI

Intan Balqkis ( 013-5905095 )

Siti Shasila ( 01132217983 )

WEBSITE

http://feldalasah.pi1m.my

EMEL

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FACEBOOK

https://www.facebook.com/pjk felda lasah