Pusat Internet Felda Lasah memulakan operasi pada 1 April 2010. Pada masa itu Pusat Internet Felda Lasah dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Lasah (PJK). Pusat Internet merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama MSD Digital Intelligence. Projek ini dilaksanakan dibawah Program Pemberian Sejagat dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.