PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol
  6. Pertandingan Video Pendek 2018

MAKLUMAT AM

Pusat Internet  Felda Lasah berada dalam Mukim Pulau Kamiri di Daerah Sungai Siput (U) , Perak. Untuk makluman semua, Mukim Pulau Kemiri mempunyai keluasan 54,649 hektar di mana  keadaan mukabuminya berbukit bukau yang diliputi oleh kawasan-kawasan pertanian. 

Selain itu, Mukim  Pulau Kamiri mempunyai 14 buah kampung tradisional, 1 Rancangan Felda , 1 Kampung baru dan 1 Kampung Orang Asli. Mukim Pulau Kamiri ditadbir oleh 2 orang Penghulu, seorang pembantu tadbir dan dibantu oleh 14 orang ketua kampung yang dilantik bagi menguruskan setiap satu kampung yang terdapat di dalam mukim ini. Antara kampung-kanpung yang berada dalam Mukim Pulau Kamiri adalah :

  1. Kampung Suak Plang

  2. Kampung  Trosor

  3. Kampung Trosor

  4. Kampung Pulau Kamiri

  5. Kampung Bekut

  6. Kampung Raja Intan Suraya

  7. Kampung Pulau Mentimun

  8. Kampung Kelimat

  9. Kampung Maamor

  10. Felda Lasah (Rancangan Fela)

  11. Kampung Lintang

  12. Kampung Lasah

  13. Perlop 3

  14. Chenein (Kampung Orang Asli)

  15. Kampung batu Tiga

  16. Besi Api (Kampung Baru)