Nama : Nor Masitah binti Zakaria
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Nor Masitah merupakan seorang surirumah yang tinggal bersama suami di Felda Lasah. Beliau mendapatkan pendidikan di SMK RKT Lasah seterusnya menyambung pengajian di SM Teknik Lebuh Cator. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Perakaunan dari Kolej Profesional Mara. Perniagaan Udang Lobster air tawar ini dijalankan oleh beliau bersama suami. Pada masa kini, pasaran perniagaan beliau telah mendapat permintaan di luar Negeri Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Saudari Masitah mempromosikan perniagaannya melalui media sosial persendirian. Beliau telah mewujudkan halaman facebook khas untuk perniagaannya. Semua aktiviti yang melibatkan perniagaan akan dimasukkan di facebook terbabit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas seringkali menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Pusat Internet telah membantu mempromosikan perniagaan saudari Masitah melalui media sosial Pusat Internet dan usahawan Pusat Internet. Ini sedikit sebanyak memperluaskan lagi rangkaian perniagaan beliau.

 

gambar

 

 

 

Nama : Siti Shasila Binti Alang Ismail
Umur : 37 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Siti Shasila merupakan penolong pengurus di Pusat Internet Felda Lasah. Beliau merupakan seorang ibu kepada seorang cahayamata. Setelah hampir sepuluh tahun bekerja di Pusat Internet, beliau mengambil keputusan untuk berjinak-jinak di dalam keusahawanan dimana beliau memilih untuk menjalankan perniagaan goodies dan gubahan hari jadi.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PIM

Sebelum menggunakan ICT, beliau memulakan mempromosikan perniagaannya secara lisan dan hanyakawan terdekat sahaja yang menempah dengannya. Pada waktu ini beliau masih lagi belum bersedia untuk memperkenalkan perniagaannya secara meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas menerima banyak tempahan, beliau mula memasukkan gambar-gambar tempahan di media sosial. Bagi memperkenalkan perniagaannya lebih meluas, beliau mengambil kesempatan menggunakan Facebook Usahawan Pusai Internet bagi memudahkan orang ramai membuat tempahan.

 

 

 

Nama : Kabitha Anjali A/P Krishna Moorthy
Umur : 16 tahun
Ahli : 2020

 

Latarbelakang

Kabitha Anjali A/P Krishna Moorthy merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah. Beliau aktif dengan kegiatan kokurikulum disekolahnya. Beliau mula hadir ke Pusat Internet Felda Lasah selepas mengikuti kelas Google Classroom yang telah diadakan di Pusat Internet Felda Lasah.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PIM

Sebelum mengenali Pusat Internet, Kabitha Anjali cuma belajar asas komputer sahaja disekolah. Beliau tidak pernah hadir mendapatkan kelas komputer di mana-mana Pusat Internet sebelum ini. Oleh yang demikian, pengetahuan ICT beliau agak terhad dan sedikit.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Selepas mengikuti kelas ICT di Pusat Interenet Felda Lasah, banyak ilmu baru yang diperolehi. Kabitha Anjali telah belajar banyak pelajaran baru berkaitan ICT.. Beliau telah belajar mendaftar akaun email bagi memudahkan urusan beliau. Selain itu, beliau juga belajar cara membuat flyer menggunakan aplikasi atas talian. Beliau juga mengikuti kelas suntingan Video bagi menambah kemahiran beliau.

kabitha

Nama : NOR ANISAH BINTI ARIFFIN
Umur : 43 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Pn Nor Anisah binti Ariffin merupakan seorang pendidik di SMK RLKT Lasah. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum mengenali Pusat Internet, beliau hanya berpengetahuan asas tentang ICT. Oleh kerana beliau merupakan seorang pendidik, beliau boleh menggunakan Microsoft Office, email dan internet dengan baik. Tetapi beliau kurang mengetahui tentang aplikasi aplikasi lain yang terdapat pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Selepas mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Lasah, banyak ilmu baru yang diperolehi. Bukan sahaja secara atas talian tetapi juga secara offline. Beliau juga membawa pelajar pelajar kelas beliau untuk belajar ICT bersama sama.

Nama : Nor Izam binti Jusoh
Umur : 43 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Nor Izam merupakan anak penereko Felda Lasah yang telah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata. Beliau merupakan seorang surirumah dan kini berjinak jinak menjalankan perniagaan secara kecil kecilan bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PIM

Sebelum penglibatan PIM, beliau menjual kuah rojak kepada rakan rakan, saudara mara dan jiran jiran di sekitar rumah.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Selepas penglibatan PIM, PIM membantu beliau membina halaman facebook sendiri untuk jualan kuah rojaknya. Disamping itu beliau juga memperoleh banyak ilmu baru seperti suntingan video, membuat flyer promosi dan pelbagai lagi yang dapat membantu beliau untuk mengembangkan lagi perniagaan.

 

Nama : Shafiqatul Adawiyah binti Shamsudin
Umur : 35 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Shafiqatul Adawiyah merupakan seorang surirumah yang baru berpindah ke Felda Lasah. Bagi mengisi masa lapang beliau menjalankan perniagaan atas talian di rumah. Pelbagai produk yang dijual beliau antara yang mendapat permintaan tinggi adalah produk penghapus serangga.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Sebelum penglibatan PIM beliau mempromosikan produk perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook dan instagram. Beliau juga menjual kepada rakan rakan dan jiran disamping membuat penjualan secara terus kepada pembeli.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Selepas penglibatan PIM, PIM membantu mempromosikan dengan cara perkongsian di laman media sosial rasmi pusat internet dan juga memberi khidmat nasihat berkenaan penggunaan ICT.

 

Latar belakang

Nama : Nurul Diyana binti Khalili
Umur : 33 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Saudara Nurul Diyana merupakan ibu kepada tiga orang cahayamata. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi mengisi masa lapangnya, beliau berjinak jinak dalam bidang keusahawanan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIM

Sebelum penglibatan PIM beliau mempromosikan produk perniagaan beliau secara persendirian.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIM

Selepas penglibatan PIM, PIM membantu mempromosikan dengan cara perkongsian di laman media sosial rasmi Pusat Internet dan juga memberikan khidmat nasihat berkenaan penggunaan ICT.