PROJEK PEDI FOODIE DI PEDI FELDA LASAH.
TARIKH PEMBUKAAN GERAI PEDI FOODIE
✅21 OGOS 2023
1. Objektif Projek.
✅Membantu komuniti tempatan di sekitar Felda Lasah dan kampung sekitar untuk menjana pendapatan sampingan. ✅Merancakkan ekonomi komuniti kursusnya golongan wanita untuk menambah pendapatan sendiri.
✅Membuka peluang pekerjaan kepada golongan sasaran sebagai pembekal makanan, penjual makanan dan penghantar makanan.
2. Sasaran peserta
✅surirumah
✅belia
✅ibu tunggal
✅peniaga makanan
✅warga emas
3. PESERTA TERLIBAT.
✅ Buat masa ini terdapat lebih 25 orang pembekal makanan yang terlibat dalam projek ini. Sasaran PEDI sekurang kurangkan 30 orang peserta akan turut serta merancakkan aktiviti jualan.
4. JANGKA MASA PROJEK.
✅ PEDi Felda Lasah mensasarkan 3 bulan untuk projek ini di bawah kendalian PEDI. Seterusnya PEDI cuba membuka peluang untuk peserta yang berminat menjalankan projek ini di bawah kendalian mereka sendiri.
5. PERANAN PEDI
✅Sebagai penasihat kepada peserta projek.
✅Mempromosikan gerai PEDi Foodie di media sosial
✅Memberi latihan keusahawanan kepada peserta
 
375059324 675330704620700 7485437272686944566 n

En. Aziz merupakan seorang pengusaha santan segar dan kerisik. Selain daripada produk yang diusahakan beliau juga menjual sayur-sayur kampung dan buah-buahan kampung mengikut musim.

Rohaida binti Awang adalah salah seorang Usahawan di bawah bimbingan Pusat Internat 1Malaysia Felda Lasah. Beliau mengusahakan produk Pekasam Ikan Sungai.Pekasam ikan buatannya mendapat sambutan yang menggalakan di kawasan beliau.

Encik Ramli bin zainal adalah salah seorang Usahawan di bawah bimbingan Pusat Internat 1Malaysia Felda Lasah. Beliau megusahakan produk kerepek kering antaranya adalah Kuih Siput, Kuih Tiram dan Kerepek Udang.

Gerai Burger Tok Bisan diusahakan oleh Mohd Hafis dan isteri Faridhatul Hanim pada tahun 2014 di Felda Lasah. Burger tok bisan mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu SOS HIJAU MELELEH.Pelbagai menu burger boleh didapati di Gerai Burger Tok Bisan.  Burger Tok Bisan dikenali ramai bukan sahaja didalam Felda Lasah tetapi juga kampung-kampung yang berdekatan dengan felda lasah.