http://feldalasah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk#sigFreeIdaf5cb17e30
JAWATANKUASA KEMAJUAN RANCANGAN (JKKR)
Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) berperanan dalam memberi kemudahan kepada komuniti untuk menyuarakan pandangan atau membincangkan permasalahan terhadap isu yang wujud berkaitan hal ehwal komuniti setempat. Lokasi bangunan JKKR ini adalah berdekatan dengan bangunan TADIKA KEMAS, GPW, PI FELDA LASAH dan Pejabat FELDA LASAH.
Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Lasah ditadbir oleh wakil komuniti bagi setiap blok dan dipengerusikan oleh Pengurus Felda Lasah iaitu En.Azman bin Azmi. Felda Lasah mempunyai 4 peringkat iaitu peringkat 1, peringkat 2, peringkat 3 dan peringkat 4. Dalam 4 peringkat pula terdapat 20 blok.
Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Lasah memiliki pelbagai cabang tugas untuk menggerakkan ekonomi, keselamatan, keceriaan dan kemajuan kampung agar seiring dengan misi dan visi felda.
AKTIVITI JKKK
Mesyuarat JKKK dan Pengenalan Dashboard
http://feldalasah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk#sigFreeIdb8f2eb01fc