SEKOLAH MENENGAH RLKT LASAH  

    

Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah atau nama ringkasnya SMK Rlkt Lasah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Lasah.

Idea Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah adalah hasil desakan Lembaga Pengelola Sekolah Kebangsaan RKT Lasah dan UMNO Cawangan Felda Lasah. Ia mula dibina pada tahun 1970 selepas 5 tahun Tanah rancangan persekutuan diduduki dan siap dibina pada awal 1971 atas desakan Ketua Pengarah Pendidikan Perak iaitu Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Nasir.

Pembinaan utama adalah Blok A, B,C, dan kantin. Pada tahun 1974 bangunan bengkel seni perusahaan telah dibina. Tahun 1982 Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah berhadapan dengan masalah kekurangan kelas, hanya terdapat 8 kelas sahaja dari jumlah sepatutnya 15 kelas. Alternatif atasi masalah, kedua-dua makmal sains terpaksa digunakan dan kantin juga terpaksa diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah.

Selepas permohonan bangunan tambahan, pada September 1983, 2 bangunan tambahan dibina, bangunan Blok F dan sebuah bangunan setingkat ( 3 bilik ) dibina pada tahun 1991 – 1993.

Tahun 1997 Program Percubaan Persekolahan Satu Sesi ( 7.45 pagi dan berakhir jam 4.00 petang ) bermula. Pada awal tahun 1998, kerja-kerja pembinaan 3 blok bangunan mengandungi 6 unit Rumah Guru Kelas F telah dimulakan pembinaannya. Padas 1 Januari 2001 – Pembinaan Pusat sumber, bengkel seni dan sebatang jalan rintis dari blok bangunan baru ke jalan besar secara gotong-royong pihak sekolah dan PIBG. Bangunan Terkini dibangunkan pada 2008 yang terdiri dari 1 kiosk untuk PUM dan Bengkel Seni Visual.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah sekarang ialah Tuan Haji Mohd Noor Azami bin Abu Bakar dengan tenaga pengajar seramai 51 orang dan bilangan murid seramai 626 orang iaitu dimana murid lelaki seramai 299 dan murid perempuan seramai 327 orang.

Alamat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RLKT LASAH

            31120 SUNGAI SIPUT (U)

            PERAK.     

Email : smkRKTL.pkassu.com

 

Kelas Tambahan B.Melayu dan Penerangan Dashboard

Di Pusat Internet 1Malaysia Felda Lasah


SEKOLAH KEBANGSAAN RKT LASAH

Sekolah Kebangsaan RKT Lasah dibina pada tahun 1964. Guru besar Sekolah Kebangsaan RKT Lasah sekarang ialah Tuan Abdul Mutalib bin Yahya dengan tenaga pengajar seramai 30 orang dan bilangan murid seramai 320 orang iaitu dimana murid lelaki seramai 167 orang dan murid perempuan seramai 153 orang.

Alamat : SEKOLAH KEBANGSAAN RKT LASAH

            31120 SUNGAI SIPUT (U)

            PERAK.