KESELAMATAN

Soal keselamatan menjadi tanggungjawab pelbagai pihak kerana ia merupakan asas dalam kehidupan. Oleh sebab itu, di setiap kampung jika tiada balai polis, pondok polis akan dibina bagi memudahkan penduduk membuat sebarang aduan berkaitan hal-hal keselamatan. 

Pondok Polis Felda Lasah menjadi tempat rujukan penduduk untuk melaporkan sebarang kes jenayah yang berlaku. Selain itu, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga sama-sama berganding bahu menjaga keamanan dan keselamatan penduduk kampung. 

Antara aktiviti yang pernah dijalankan pihak RELA bersama-sama dengan anggota polis ialah mengadakan rondaan di kawasan kampung termasuk di kebun-kebun getah dan kelapa sawit bertujuan mencegah ancaman makhluk perosak terhadap tanaman dan memantau kegiatan jenayah seperti kecurian.