KEUSAHAWANAN
Dalam usaha menjadikan 1 kampung 1 industri, Felda lasah juga tidak pernah ketinggalan merangsang ekonomi komunitinya dalam bidang perniagaan. Kebanyakan perniagaan yang dijalankan adalah usaha daripada peneroka, anak-anak atau menantu peneroka sendiri. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang diusahakan dalam memenuhi keperluan komuniti di sini termasuk perusahaan, perniagaan runcit, perkhidmatan, penternakan dan perniagaan makanan. Antara perniagaan yang terdapat di Felda Lasah adalah:
Andaman pengantin.
Kerepek, makanan ringan dan kedai makan.
Jahitan pakaian.
Cyber café
Kedai tudung
Kedai kek dan roti
kedai gunting rambut
Workshop
Kedai Dobi
Kedai barangan elektrik
Mini pos
Kedai Besi
Perniagaan runcit.
Perniagaan runcit sangat penting dalam memenuhi keperluan penduduk Felda Lasah. Kebanyakannya perniagaan runcit diusahakan oleh anak-anak peneroka.
- Seterusnya
- Seterusnya >>